Pokok Pine Cypress merupakan pokok dari spesies kayu bahtera Nabi Nuh a.s. Kajilidikan meliputi juga artifak Bahtera Nabi Allah Nuh a.s yang sekarang ini terdampar di Bukit Al Judi, di Banjaran Ararat, Turki. Dalam kajian ini, Bio-Sunah bekerjasama dengan Profesor Mohammad Shakran Shuhatah dari Mesir yang sudah terlibat dalam kajian selama 35 tahun.
Satu mukjizat perubatan yang sangat hebat dalam tamadun manusia telah tercetus lebih dari 6000 tahun dahulu ekoran peristiwa Banjir Besar yang dengan peristiwa itu, Nabi Nuh a.s telah menerima perintah Allah SWT menyiapkan satu bahtera. Hasil kajian Profesor Mohamad Shakran Shuhatah selama lebih dari 30 tahun membuktikan bahawa bahtera Nabi Nuh a.s diperbuat dari spesies kayu pine cypress.
Kajian beliau telah menemukan rahsia perubatan yang telah disimpan oleh pengkaji barat sejak abad ke-17 lagi. Kajian beliau sangat menakjubkan kerana hampir keseeluruhan bahagian pokok ini boleh dimanfaatkan untuk kesihatan yang maksima. Namun, amber (getah) pokokpine cypress telah menjadikan kajian Profesor Mohamad Shakran berada di dalam kelas yang berlainan sama sekali.
Penemuan penggunaan amber pokok ini dalam perubatan menyelesaikan hampir keseluruhan masalah kesihatan yang dialami masyarakat moden kini. Kajian menunjukkan bahawa pokok ini mengandungi bahan fitokimia yang sangat bernilai tinggi untuk kesihatan seperti monoterpenes, dan phycenogenol. Penemuan ini telah memecahkan beberapa kebuntuan perubatan dan kes-kes kesihatan yang memeningkan.
” Khasiat dalam tumbuhan ini mencangkupi satu ruang lingkup yang sangat mengkagumkan meliputi kebaikannya di dalam mencerna gelombang tenaga, meningkatkan aktiviti anti-oksida (menghalang radikal bebas),menjana homeostasis (keadaan harmoni) dalam tubuh badan dan persekitaran, membentuk satu suasana equilibrium pada organ dan persekitaran, merangsang kepada penyembuhan dalaman, pembaikan dan penjanaan sel baru (rejuvenasi) dan merangsang sistem imunisasi yang lebih baik“
Ini kerana cypress melalui kajian perubatan jelas mempunyai keupayaan yang luar biasa kerana memiliki ciri-ciri anti-virus, anti kuman, dan anti depresif. Selanjutnya membantu penyembuhan selsema, melegakan kesakitan dan membantu sistem penghadaman dan perkumuhan supaya berfungsi dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment