Produk


Produk keluaran DRK NETWORK adalah produk yang berasaskan air zam-zam, ramuan terpilih dan terapi 30 juzuk al-quran yang dihasilkan di kilang Jus Alkali Himax5 di Kawasan Industri MARA, Pengkalan Chepa dan juga kilang Air Minuman Beralkali RTD Himax5 di Kawasan Industri Seberang Temerloh, Pahang. Syarikat telah mengembangkan sayapnya dengan mengeluarkan produk Terapi Mandian Aura Himax5 (TEMAN HIMAX5)  sebagai produk kegunaan luaran iaitu mandian, rendaman kaki dan spa.
1. (Pati/Ibu) Himax5 Alkaline Juice
( Air Zam-Zam, Garam Galian (Kristal Hollad), Amber Cypress, Terapi A-Quran 3 Juzuk, Doa Terpilih
2. Air Penawar Himax5 Alkaline Juice
( Mengunakan Air Minuman Semulajadi Gau, Himax5 Alkaline Juice, Terapi A-Quran 3 Juzuk, Doa Terpilih)
Bahan Dalam Product Himax5 Alkaline Juice : GABUNGAN SAINS, AL-QURAN DAN SUNNAH
1. AIR ZAM-ZAM
Menurut pendapat para pengkaji dan ulamak terdapat 12 kelebihan yang ada pada air zam-zam iaitu :
  1. Menyegarkan                                               7. Mencukupkan
  2. Memberi manfaat                                         8. Menghilangkan haus
  3. Menyihatkan                                                 9. Penyembuhan penyakit
  4. Terapi perubatan                                         10. Kebaikan pada kaki
  5. Berkat                                                             11. Pengampunan
  6. Kebaikan                                                       12. Mengenyangkan
Di dalam air biasa pula tedapat unsur besi (Fe), namun unsur tersebut langsung tidak terdapat pada air zamzam. Begitu juga unsur Kalsium (Ca) yang ada pada air biasa sangat tinggi kadarnya, tetapi kandungannya sangat rendah di dalam air zamzam.Di dalam air zamzam terdapat kandungan yang sarat dengan pelbagai unsur yang bermanfaat bagi keperluan tubuh manusia. Menurut kajian analisis yang telah dibuat, terdapat empat unsur kimia yang sangat penting dalam air zamzam, iaitu Kalium (K), Natrium (Na), Kalsium (Ca), dan Magnesium (Mg).
Menurut kajian, kedua-dua unsur ini (Fe & Ca) merupakan unsur yang tidak baik bagi tubuh apabila terlalu berlebihan. Sebaliknya, unsur-unsur kimia yang begitu bermanfaat dan menguntungkan tubuh ialah Kalium (K). Namun, kandungan Kalium di dalam air biasa sangat rendah, sebaliknya di dalam air zamzam kandungan unsur Kalium adalah sangat tinggi. Begitu juga unsur Magnesium yang baik untuk tubuh merupakan unsur yang sangat tinggi di dalam air zamzam, tetapi di dalam air biasa kadarnya relatif sedikit.
Selain itu, 4 pakar dari Suruhanjaya Kuasa Atom Bangladesh (Bangladesh Atomic Energy Commision) iaitu M.A. Khan, A.K.M Sheriff, K.M. Idris dan M. Alamgir. Mereka mengkaji kandungan air zamzam dan membuat perbandingan dengan air paip dan air yang dikeluarkan menggunakan alat pengepam berkuasa solar (solar pump water).
Pakar-pakar ini mendapati air zamzam wujud secara tabii atau semulajadi dalam bentuk alkali. Oleh sebab itu, keadaan ini dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut sekaligus mampu mencegah penyakit gastrik.
Air zamzam merupakan air yang terbaik di dunia, malah lebih baik daripada air mineral. Saat ini, sukar untuk manusia mendapatkan air yang benar-benar bersih dan suci kerana kerakusan tangan-tangan manusia yang telah menukar dan merubah keaslian air dengan pelbagai bahan kimia seperti klorin yang memudaratkan kesihatan tubuh manusia sendiri.

Penawar terbaik untuk kanser dan pelbagai penyakit

Molekul air zam-zam yang bercahaya umpama kristal dan berubah-ubah mengikut  kalimah yang dilafazkan.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda :
Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan penyakit
 PENEMUAN BARU!!!
2. GARAM GALIAN - KRISTAL HOLLAND
Garam galian juga dikenali sebagai garam makan atau garam batu. Garam ialah sejenis galian yang komponen utamanya adalah natrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam adalah masin merupakan salah satu darpiada rasa asas manusia. Garamlah yang menyebabkan laut terasa masin.
Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan dan berfungsi sebgai penyedap makanan, namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industry perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit.
KRISTAL HOLLAND
Merupakan satu bahan rahsia dalam perubatan Barat. Namun menjadi satu realiti dalam tradisi perubatan Islam dan Mesir Kuno. Kehebatan garam mineral Holland ini dapat dilihat dalam rahsia panjang umur kaum Hunza yang ditakrifkan sebagai kaum yang memiliki purata umur paling panjang di dunia.
Kuncinya terletak di dalam air minuman mereka yang memiliki ramuan garam mineral dan rendaman buah serta akar cypress yang menyebabkan molekul air yang diminum oleh mereka sangat kecil.
Mereka dikatakan memiliki purata umur terpanjang di dunia dengan rata-rata dari mereka berusia lanjut antara 120 hingga 140 tahun dan setelah satu penyelidikan saintifik dilakukan di kawasan tersebut, hasil kajiannya sangat mengejutkan. Kajian Dr Patrick Flanagan menunjukkan molekul air yang diminum oleh kaum tersebut sangat kecil hingga mencapai 5 nanometer iaitu 2000 kali ganda lebih kecil dari sel darah merah di samping memiliki potensi eletrik (cas eletrik) tersendiri yang dipanggil zeta potential.
Molekul air yang sangat kecil ini yang juga dipanggil nano colloids dengan potensi eletrik ini berinteraksi dengan molekul hidrogen dan oksigen hingga membentuk struktur kristal molekul air tersebut yang memudahkan penyerapan hingga ke dalam sel tubuh paling kecil sekalipun.
3. AMBER CYPRESS
Amber Cypress yang dikesan sejak 55 juta tahun dahulu merupakan getah dari pine cypress itu merawat penyakit tonsilitis, insomnia, demam panas, asma, sakit kerongkong, penyakit hawar (berjangkit), sakit mata dan rabun.
Sementara itu, kulit dan batang pokok pine cypress pula dikatakan mampu merawat penyakit radang paru-paru , sakit telinga, menajamkan penglihatan dan rawatan untuk penyakit jantung. Amber cypress yang berwarna merah tua dan pekat itu pula mampu menghasilkan gelombang tertentu yang membantu melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan terutamanya ke jantung.
4. Terapi 30 Juzuk Al-Quran
5. Doa-Doa Terpilih
Mengenai Pati/Ibu Himax5 Alkaline Juice
Mengapa kita memerlukan JUS ALKALI Himax5?
Jus Alkali membantu memperbaiki keseimbangan ASID dan ALKALIbadan ke arah kesihatan yang sempurna
Diet pemakanan seharian kita seperti daging, ikan, nasi, roti, mee, air bikarbonat, air berperisa, bahan penstabil, MSG, dan pelbagai lagi bersifat asidik yang menyebabkan tubuh kita berasid dan bertoksik!
Keadaan persekitaran dan udara yang tercemar dengan racun tanaman, pencemaran sungai, pembakaran terbuka dan asap kenderaan menjadikan udara yang kita sedut setiap hari tercemar.
Tekanan kerja dan gaya hidup yang tidak sihat serta kurang bersenam menjadikan kita stress. Kita sering tidak mendapat rehat yang cukup. Hal ini bermaksud kita sering menghasilkan bahan buangan berbanding mengeluarkannya. Kita tidak mampu menghindari dari mengundang sifat asidik pada darah kita setiap saat selagi kita masih hidup!
Akhirnya pH badan menjadi berasid dalam jangkamasa panjang. Akibatnya kita menghidapi pelbagai penyakit seperti gastrik, osteoporosis, resdung, alergik, selesema, demam, sembelit, diabetis, sakit sendi, stroke, migrain, tekanan darah tinggi/rendah, asma, obesiti, fibroid, kolestrol tinggi, PMS, batu karang, batu hempedu, kanser, gout, buah pinggang dan pelbagai lagi.
Apakah cara yang boleh menstabilkan atau meneutralkan semula kesan ASIDIFIKASI ini?
Hanya sesuatu yang bersifat ALKALI dan IONIK MINERAL sahaja yang boleh meneutralkan sifat ASIDIFIKASI!
Untuk mengimbangi tahap keasidan tersebut, Himax5, mampu menanganinya kerana ia terdiri dari kelompok molekul air yang kecil dan bersifat alkali serta mengandungi ion mineral yang tinggi berupaya menguraikan sisa-sisa asid yang terkumpul dan memudahkan proses pembuangan melalui sistem pencernaan, perpeluhan dan pernafasan kita.

Himax5 adalah baik untuk:
  •  Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya penyembuhan
  • Anti oksida yang kuat meneutralkan radikal bebas
  • Menyahkan toksik dan meningkatkan sistem metabolisma badan
  • Membuang asid dalam badan untuk pembentukan sel-sel sihat
  • Menghalang dan membunuh sel-sel kanser
  • Menambah kekuatan zahir dan batin
  • Anti penuaan atau awet muda
  • Menurunkan berat badan secara semulajadi
  • Menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan, tenaga dan menguatkan ingatan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Mempunyai khasiat dan tenaga untuk menjadikan makanan dan minuman lebih segar
  • Selamat diminum terus tanpa perlu dimasak dan tanpa kuasa eletrik
CARA PENGGUNAAN
Untuk amalan harian
Titiskan 3 titik Jus Alkali Himax5 ke dalam segelas air minuman 200ml dan diminum 3 kali sehari (1 jam sebelum sarapan pagi, 1 jam sebelum makan tengahari dan 1 jam sebelum tidur)
Untuk Merawat Penyakit
Masukkan antara 5-7 titik ke dalam segelas minuman 200ml dan diminum 3 kali sehari seperti di atas.
Untuk Rawatan Luar
Titis beberapa titik Himax5 ke atas tapak tangan dan sapukan di tempat yang berkenaan.
Untuk Penyakit Kronik
Masukkan 15 titik ke dalam sebotol air 500ml dan diminum habis dalam sehari.
Tindak balas Penyembuhan
Kemungkinan Tindakbalas Penyembuhan (DOC) adalah minima dan bergantung pada individu mengikut tahap penyakit yang dihidapi. Contoh DOC adalah seperti rasa berdebar, letih, sakit tekak, kekerapan membuang air, demam.
Teruskan pengambilan kerana ini merupakan reaksi positif badan ke arah penyembuhan.
Apa Kata Pakar Tentang Air Beralkali
” Alkaline Water is a powerful anti-oxcidant and effective tool in preventative medicine as alkaline minerals will oxygenate cells, neutralize body acids, and restore pH balance”
DR. Hidemitsu Hayashi
Heart Surgeon and Director
The Water Institute of Japan

No comments:

Post a Comment